Pada 29 Mei 2010 yang lalu KPKSM Caw. Perak dengan kerjasama Unit Latihan JKDM Perak telah menganjurkan Program Kecemerlangan Modal Insan yang diadakan di Lumut. Aktiviti yang dijalankan adalah perlawanan bola jaring dan bolasepak di antara pasukan Stesen Kastam Ipoh dan Stesen Kastam Lumut.
Dalam perlawanan bolajaring pasukan Lumut telah berjaya menewaskan pasukan Ipoh dengan keputusan 13 berbalas 8 manakala dalam perlawanan bola sepak pula dimenangi oleh pasukan Ipoh dengan jaringan 4-0.
Matlamat program ini diadakan adalah untuk mempereratkan hubungan semua lapisan pegawai. Program seperti ini akan dijalankan setiap tahun di stesen yang lain pula.
 |
Kedatangan pasukan dari stesen Ipoh disambut oleh Ketua Kastam Daerah Lumut YM Tengku Abdul Rahman ( berbaju belang ). Dua dari kanan Pengerusi KPKSM Caw. Perak selaku ketua rombongan Ipoh. |
 |
Pasukan Ipoh berjersi biru pasukan Lumut Merah
|
 |
Coach pasukan Lumut siap cekak pinggang lagi. |
 |
Penuh bersemangat |
 |
Lepas main, makan le pulak... |
 |
Pasukan Ipoh |
 |
KKD Lumut yang merupakan penyerang pasukan Lumut |
 |
Pertarungan sengit bermula |
 |
Antara ribuan penonton yang hadir |
No comments:
Post a Comment