SYOR CUTI TANPA REKOD STAF AWAM WANITA
Utusan Malaysia
26/5/2012
KOTA KINABALU 25 Mei - Penjawat awam wanita yang telah berkeluarga mungkin mendapat imbuhan baru apabila Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mencadangkan mereka diberi cuti tanpa rekod 14 hari setahun.Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, mengambil kira banyak perkara yang terpaksa diuruskan oleh golongan tersebut, pihak kesatuan bersetuju mengusulkan perkara itu bagi dibincangkan dalam lembaga suruhanjaya.

Katanya,
cuti tanpa rekod yang diberikan oleh kerajaan 14 hari setahun itu boleh dianggap
sebagai satu lagi cara kerajaan menghargai sumbangan golongan penjawat awam
wanita terhadap pembangunan negara."Cadangan itu dibuat atas dasar kebajikan dan
menghargai sumbangan penjawat awam wanita yang telah berkeluarga kerana mereka
banyak terlibat dalam menguruskan hal keluarga," katanya.Beliau berkata demikian
pada sidang akhbar selepas majlis Perhimpunan Perdana Penjawat Awam bersama
Presiden CUEPACS di Dewan Resital Universiti Malaysia Sabah (UMS) dekat sini
hari ini.
Mengulas
lanjut, Omar berkata, sejak cuti rehat dikurangkan pada 1 Januari 2009 dan waktu
anjal berkhidmat golongan wanita ditamatkan, golongan wanita sering berhadapan
dengan masalah kehabisan cuti.Menurutnya, mereka terpaksa menguruskan pelbagai
masalah dan hal keluarga yang menyebabkan golongan tersebut habis cuti tahunan
dengan lebih cepat berbanding lelaki.
Katanya,
meskipun cuti umum sudah banyak di negara ini, ia dilihat masih tidak cukup
untuk golongan tersebut kerana mereka turut dibebani dengan banyak tanggungjawab
lain.
Sementara
itu, kata Omar, cadangan lain yang akan dikemukakan kepada lembaga suruhanjaya
adalah berhubung pengeluaran gratuiti lebih awal kepada pekerja yang telah
berkhidmat selama 20 atau 25 tahun.
Menurutnya,
golongan tersebut dicadangkan boleh mengeluarkan pampasan kerja itu pada kadar
20 atau 25 peratus untuk kegunaan membaiki rumah, mengerjakan umrah dan
menyambung pelajaran bagi diri sendiri atau ahli keluarga. Jelasnya, ia dilihat
sebagai mekanisme terbaik untuk mengurangkan kadar golongan penjawat awam yang
berhutang.
No comments:
Post a Comment