Tuesday, March 27, 2012

Lebuhraya SMART ditutup mulai 11 malam ini

2012/03/27KUALA LUMPUR: Lebuhraya SMART akan ditutup kepada lalu lintas bermula 11 malam ini sehingga 6 pagi esok bagi kerja menyelenggara sistem terowong lebuh raya itu.

Syarikat Mengurus Air Banjir & Terowong Sdn Bhd, dalam kenyataannya hari ini, menyatakan pengguna boleh menghubungi talian bantuan SMART 1-300-88-7188 untuk sebarang pertanyaan mengenai penutupan itu.
Sementara itu, dalam kenyataan berasingan, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Projek Lebuhraya Usahasama Berhad (PLUS Berhad) akan menutup Lebuhraya Persekutuan di KM19 (berhampiran Subang Parade) secara berkala pada 2, 9, 10 dan 17 April serta 6 Mei ini untuk kerja naik taraf rangkaian bekalan elektrik.
Laluan trafik akan ditutup selama 15 minit pada tarikh-tarikh tersebut antara 12.01 tengah malam hingga 4.30 pagi bagi membolehkan kerja pemotongan dan penyambungan pengalir dilaksanakan.

Pengguna Lebuhraya Persekutuan boleh menggunakan laluan alternatif semasa kerja naik taraf dijalankan.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi talian khidmat TNB di 15454 (TNB Careline) atau talian PLUSLine di 1800 88 0000. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment