Monday, March 26, 2012

R&R Bukit Gantang ditutup sementara bagi kerja penyelenggaraan

2012/03/26KUALA LUMPUR: Projek Lebuhraya Usahasama Berhad (PLUS) akan menutup sementara Kawasan Rehat & Rawat (R&R) Bukit Gantang di Lebuh Raya Utara-Selatan pada Rabu dan Khamis ini bagi kerja penyelenggaraan.

Menurut kenyataan PLUS di sini, hari ini, hentian Bukit Gantang arah selatan akan ditutup pada Rabu manakala hentian Bukit Gantang arah utara ditutup pada Khamis.
Kerja penyelenggaraan ialah dari jam 8 pagi hingga 5 petang.
Menurut kenyataan itu semua kemudahan lain di hentian itu termasuk gerai makanan akan ditutup sepanjang waktu penyelenggaraan kecuali stesen minya. Untuk maklumat lanjut boleh menghubungi Plusline ditalian 1800-88-0000. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment