Friday, March 16, 2012

SEGERAKAN PERSARAAN KSN - IBRAHIM

Utusan Malaysia
15/3/2012


KUALA LUMPUR 15 Mac - Seorang ahli Parlimen Bebas hari ini mendesak supaya kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd. Sidek Hassan dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Abu Bakar Abdullah dengan menyegerakan persaraan mereka ekoran keputusan pembatalan pelaksanaan Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) berkata, langkah itu wajar kerana kedua-dua mereka itu bertanggungjawab sepenuhnya kepada setiap kontroversi yang berlaku apabila didapati sistem itu langsung tidak memberi keadilan kepada penjawat awam.

Beliau berkata, akibat daripada tindakan Mohd. Sidek dan Abu Bakar itu juga, kerajaan terpaksa menanggung malu dan terpaksa berhadapan dengan kemarahan kakitangan awam sehinggalah SBPA dibatalkan dalam satu pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, baru-baru ini

No comments:

Post a Comment